15 October 2010

perkataan "Pinakang" dalam bahasa Dusun Kimaraggang adalah merujuk kepada perbuatan iaitu "Memukul". Tarian Pinakang adalah tarian tradisional bagi masyarakat Dusun Kimaraggang yang terdapat di kawasan pantai barat utara Negeri Sabah, khususnya disekitar Kota Marudu. Tarian ini biasanya ditarikan semasa majlis-majlis keramaian seperti majlis perkahwinan, mongukas (memperingati si mati), dan pesta Kaamatan. Gerak tari Pinakang adalah hasil olahan berdasarkan pergerakan burung Helang.

18 August 2009

...........SaMe..........


Dalam kehidupan manusia, secara sedar tak sedar.... kita adalah boneka yang sering menjadi hamba waktu. kenapa kita perlu mengejar waktu dengan tanggungjawab kita seharian.... dalam koreografi ini mengetengahkan manusia sebenarnya adalah seperti boneka yang terikat dengan masa dan waktu. hanya sahaja kita tidak sedar akan hakikat itu dan kita terus menjadi boneka-boneka..... tidak kiralah boneka kertas ka, boneka barby ka.... what ever............

24 April 2009

do U?...........


Dalam karya Do U? ini merupakan sebuah tarian solo yang menampilkan pergolakan dalaman sebuah puppet. Puppet yang sering sinonim dengan benda mati yang tidak mempunyai perasaan kini ditampilkan dengan penuh pemborontaklan. Dalam karya ini juga menampilkan puppet yang berpewatakan seperti joker dark knight adalah satu frasa yang mengambarkan jiwa puppet tersebut yang penuh dengan pemborontakan. Puppet tersebut adalah sama dengan manusia yang tersepit didalam satu situasi dan merupakan mangsa keadaan. Setiap tindakan dan percakapan perlu melalui skrip DEKON yang pasti. Namun sebenarnya jauh disudut hati ingin bebas daripada kongkongan hidup dan situasi yang mempercaturkan manusia tersebut. Tiada lagi hati yang perlu dijaga kerana hati sendiri tidak terjaga........

06 April 2009


05April2009: malam anugerah HEP telah di adakan bertempat di Hotel Pasifik Sutera Habour Tanjung Aru. malam anugerah ini telah dirasmikan oleh dato Vc sendiri.
Apa yang ingin saya perkatakan adalah tentang persembahan pada malam itu. Pada malam anugerah tersebut telah diserikan oleh persembahan dua kumpulan tari yang begitu populer di UMS, iaitu kumpulan ARTUMS (under SPS) dan SUTERA SARI (under KOKUM).
antara tarian yang dipersembahkan pada malam itu adalah;
i) Sambut Tamu; yang merupakan tarian menyambut tetamu dan mengandungi elemen pelbagai budaya setiap suku etnik di Malaysia. tarian ini telah di koreografer oleh pelajar2 tahun dua seni kreatif major tari yang merupakan AJK tertinggi Artums.
ii) Tarian Dansa; tarian yang populer dalam kalangan masyarakat kokos yang merupakan salah satu etnik yang terdapat di Sabah. tarisn ini juga dikenali dengan nama lain iaitu, Nona Madsaya. penari tarian ini terdiri daripada pelajar2 tahun satu SPS. koreografer tarian ini adalah En. Latif sendiri yang merupakan penasihat kelab ARTUMS.
iii) Tarian Asyik: merupakan tarian istana atau tarian klasik masyarakat melayu yang telah diasaskan oleh permaisuri Kelantan. tarian ini adalah bagi menghiburkan hati yang duka dan sebenarnya tarian ini adalah diasaskan khas buat permaisuri yang merindukan burung kesayangannya yang terlepas. tarian ini juga hanya ditarikan oleh penari wanita sahaja dan penari2 tarian ini terdiri daripada pelajar tahun satu dan dua program seni keratif SPS. tarian ini telah di koreograf oleh sdri. Resty pelajar thn dua jurusan tari SPS.
iv) Tarian Sumazau; tarian ini begitu populer dalam kalangan masyarakat kadazan dusun di Sabah. Tarian ini sering dipersembahkan semasa pesta keramaian masyarakat kadazan dusun seperti pesta kaamatan am nya. tarian ini telah ditarikan oleh pelajar tahun satu seni keratif SPS. dan tarian ini dikoreograf oleh Sdra. Victor pelajar thn 2 jurusan tari SPS.
v) Tarian Daling2; tarian tradisi masyarakat suluk semporna. tarian ini begitu populer di negeri sabah kerana sering ditarikan di pesta2 keramaian dan pesta2 perkahwinan suku etnik suluk. para penari tarian ini terdiri daripada pelajar tahun satu dan tahun dua seni kreatif SPS. tarian Daling2 ini telah dikoreograf oleh Sdra. Victor pelajar thn 2 jurusan tari SPS.
vi) Tarian kipas; merupakan tarian cina yang begitu populer dalam kalangan masyarakat cina di malaysia. tarian ini sering ditarikan pada hari perayaan cina seperti thun baru cina, pesta ang-pau, pesta tang long, pesta kuih bulan dan pesta2 lain masyarakat cina. tarian ini telah ditarikan oleh pelajar tahun dua jurusan tari, dan tarian ini telah dikoreograf oleh Puan Saadiah Tang.
vii) Tarian AKIN; merupakan tarian kontemporari yang mengambarkan kehidupan semangat-semangat orang mati di puncak Gunung Kinabalu khususnya etnik dusun Lotud. tarian ini telah ditarikan secara duet pada malam tersebut oleh seorang pelajar tahun dua jurusan tari dan dan koreografer tarian itu sendiri Puan Saadiah Tang.
Apa yang ingin saya ketengahkan di sini adalah, kejayaan kelab Artis Tari UMS (ARTUMS) SPS bagi membantu menjayakan malam anugerah tersebut. kepada semua penari kelab ARTUMS, tahniah saya ucapkan, kerana tanpa sokonghan anda mungkin persembahan pada malam itu mungkin tidak akan berjaya. TAHNIAH...................

28 March 2009

............the answer..........



24 Mac 2009 (rabu) yang lalu, Angel ALS Production telah mempersembahkan sebuah tarian yang berkonsepkan kontemporary. Tarian yang bertajuk the answer, telah dikoreograf oleh pengarah Angel ALS production sendiri iaitu sdri. Aleson Marie Blantokas. Selesai sahaja persembahan tarian ini, satu tepukan yang gemuruh telah memecahkan kesunyian didalam Dewan Resital pada malam itu. Koreografer tarian ini telah dihujani pujian daripada penonton sebaik sahaja selesai persembahan. Apa yang lebih menarik tentang tarian ini, tarian ini menceritakan tentang kisah hidupnya sendiri. selain daripada itu, tarian ini banyak menggunakan teknik-teknik asas kontemporary yang di ajar didalam kelas, dan sistem pencahayaannya juga begitu berjaya mempengaruhi mood penonton pada malam itu.


27 March 2009

Infiniti

Waktu mendewasakan diri,
Masa mematangkan fikiran,
Saat mara kedepan seiring langkah,
Detik menjadi rentak kehidupan,
Saat ini,
Perasaan ini merantai sendi minda,
Arah terbitnya tidak pasti,
Yang pasti,....
Ia menguasai sepenuh sanubari,
Tidak mampu ku ungkapkan,
Tiada sukatan yang mampu mengukur,
Sungguhpun,
Jiwaku menenun jalinan kata,
Imosiku menitip madah,
Tetapi......
Tidak mampu ku ungkapkan,
Infiniti...........infiniti

Gelodak Rindu

Irama lama,
Menyingkap tirai kenangan,
Bermain-main diberanda jiwa,
Berlegar-legar dianjung minda,
Perasaan membawa pulang di halaman kasih,
Wajah tua,
Yang dihiasi dengan satu senyuman,
Menguji kematangan diri,
Menduga kekukuhan kesabaran,
Namun...
Sesuatu menyentak gahera ku,
Urat-urat pada bawa matanya,
Kedut-kedut pada pipinya,
Membawa kembali semangat juang ku,
Hati kecil berbisik...
Biar waktu bembawa pergolakan ini,
Biar buihnya hanyut ke laut,
tiba saat,
akan ku pulang ke halaman itu,
dengan satu meterai kebanggaan,
yang menebus maruah keluarga lalu,
restui aku,
Ayah.........Ibu